BAGAN DATUK: Kerajaan negeri Perak telah meluluskan pembentukan Majlis Daerah Bagan Datuk, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuara Exco dua minggu lalu.

Menurut, jika dahulu Bagan Datuk adalah sebahagian daripada Hilir Perak tetapi kini ia telah berdiri di atas kaki sendiri.

“Bukan hanya setakat sebuah daerah, malah dua minggu yang lalu, Exco kerajaan negeri Perak telah turut meluluskan pembentukan Majlis Daerah Bagan Datuk yang mengambil alih tugas-tugas Majlis Perbandaran Teluk Intan.

“Ertinya, kita akan menguruskan hal ehwal kita sendiri tanpa kebergantungan kepada daerah lain,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun, drkat sini, malam tadi.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut meluluskan sumbangan RM1 juta untuk pembangunan fizikal dan modal insan Sekolah Kebangsaan Sungai Sumun.