PUTRAJAYA: Perdana Menteri berkata, prestasi pencapaian janji Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 menerusi hasrat untuk ‘Membina Negara dan Memenuhi Harapan’ ialah kira-kira 39.01 peratus.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, prestasi itu diukur melalui status kemajuan 464 inisiatif merangkumi dasar dan tindakan spesifik yang dinyatakan dalam setiap janji.

“Sebanyak 53 dari 128 inisiatif atau 11.42 peratus telah ditunaikan, manakala 283 atau 60.99 peratus inisiatif lagi di peringkat dalam perancangan atau belum mula.

“Prestasi itu menunjukkan peningkatan 29.34 peratus, berbanding 9.67 peratus pada 31 Disember 2018.

“Kerajaan ada empat tahun lagi untuk memastikan semua janji dapat dilaksanakan dan yakin ia dicapai sebelum mandat berakhir,” katanya dalam ucapan sempena Perutusan Perdana Setahun Malaysia Baharu di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini – Berita harian