BAGAN DATUK: Pelaksanaan Sistem Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing untuk nelayan di zon A dan B yang bakal dikuat kuasa 1 Mac ini ditangguhkan oleh kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan sistem berkenaan dilakukan setelah mempertimbangkan segala masalah yang dihadapi nelayan.

“Kita tahu nelayan menghadapi pelbagai masalah seperti hasil tangkapan berkurangan, tidak turun ke laut, serta masalah penguat kuasaan pihak berkuasa di perairan,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai bagi Parlimen Bagan Datuk di Dewan Serbaguna Hutan Melintang Pada Ahad.

Beliau berharap dengan penangguhan sistem baharu PLKS ini akan membantu nelayan-nelayan terutamanya di zon A dan B bagi mengatasi masalah mereka terutama dalam meninggkatkan hasil tangkapan.

“Semoga harga ikan dapat diturunkan dan rakyat dapat nilai tambah dari segi memperolehi protein melalui pengambilan ikan dan dapat bekerjasama untuk menurunkan harga ikan di seluruh negara,” ujar beliau.

Zahid-Majlis-Nelayan-3

Katanya apabila kerajaan mengumumkan keputusan memberi bantuan sara hidup kepada nelayan, kerajaan telah memperuntukan lebih kurang RM 14.5 juta setiap bulan kepada lebih kurang 51,000 nelayan seluruh negara sebagai bayaran elaun berkenaan.

Katanya untuk seluruh negeri perak sejak pelaksanaannya bermula dari Jun 2008 hingga Januari 2017, kerajaan telah membayar sebanyak RM152,682,150.00 Juta kepada 7,846 nelayan.

Pada majlis itu beliau telah menyampaikan bantuan saraan hidup kepada 1,261 nelayan Hilir Perak yang berjumlah RM339,300