Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: Tiga lelaki cedera parah ditembak di dipercayai berpunca daripada satu perlawanan bola sepak membabitkan penyokong kelab pasukan dua pasukan bola sepak pada petang Ahad.

Dalam kejadian sekitar 8 malam itu, tiga lelaki berusia 21 sehingga 29 tahun, cedera parah dalam satu kejadian tembak di suatu kedai berhampiran Jalan Kledang Timur, Menglembu dekat sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata ketiga-tiga mangsa dan saspek yang dipercayai lebih daripada seorang merupakan penyokong kelab bola sepak tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati penyokong kedua-dua kelab itu merupakan dua kumpulan gengster.

“Semasa perlawanan berlangsung di Padang Ipoh sekitar 4 petang Ahad, berlaku pertelingkahan di antara kedua-dua pasukan dan pada hari sama suspek telah menelefon salah seorang mangsa untuk berbincang, bagaimanapun perbincangan gagal dan menjadi hangat.
“Suspek kemudiannya telah melepaskan enam tembakan ke arah tiga mangsa dan mengenai mereka dan siasatan mendapati pistol digunakan jenis Revolver,”katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan media di sini.
Jelas Hasnan, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ditembak di perut dan ditembak di lengan.

“Polis telah menangkap empat saspek lelaki berusia 21 hingga 35 tahun sekitar Ipoh dan kesemua mereka berasal dari Batu Gajah.

“Siasatan mendapati kesemua mangsa dan saspek merupakan anggota geng 08 dan geng 21 daripada Menglembu dan Batu Gajah.

“Buat masa ini, tujuh suspek telah dikenalpasti terlibat kejadian tembak-menembak dan polis sedang mengesan ahli kumpulan lain daripada kedua-dua kumpulan gangster itu,”katanya lagi.

Hasnan berkata kes disiasat di bawah kesalahan membunuh Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan memiliki senjata api Seksyen 39 Akta Senjata 1960.