TINDAKAN kejam sebuah taska di China yang memasukkan ‘racun’ ke dalam makanan dengan ubat skizofrenia (orang sakit mental) menyebabkan sepuluh kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Menurut laman Southcn.com, kejadian berlaku di bandar Dongguan pada 15 Mac lalu.

Tambah laman itu, pengasuh taska terbabit yang dipercayai melakukan tindakan itu sudah ditahan polis.

Siasatan awal syaki punca suspek bertindak sedemikian adalah bermotifkan dendam kerana tidak mendapat kenaikan gaji daripada majikannya.

Pada hari kejadian, beberapa kanak-kanak dilaporkan mengalami pening dan sebilangan mereka turut pengsan selepas habis waktu sekolah sebelum dikejarkan sebelum ibu bapa kepada kanak-kanak itu segera menghantar anak mereka ke Hospital Huangjiang.

Kanak-kanak itu bagaimanapun dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan.

Hasil siasatan pihak polis mendapati sebotol clozapine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk pesakit skizofrenia di rumah pengasuh.

Pengasuh terbabit diamanahkan untuk menyediakan makanan dan membersihkan taska tersebut.

-SinarHarian