Subscribe Now

Trending News

Kerbau Melambung Masuk Porsche Cayenne
Dalam Negeri

Kerbau Melambung Masuk Porsche Cayenne 

TELUK INTAN – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kenderaan mewah yang dipandu tiba-tiba merempuh seekor kerbau menyebabkan ia melambung masuk ke dalam keretanya dalam kejadian di Kilometer 12, Jalan Changkat Jong di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 9 malam itu, haiwan dipercayai peliharaan penduduk tempatan itu maut di tempat kejadian manakala pemandu, Teoh Sook Hua, 30, dan dua lagi penumpang lain hanya mengalami kecederaan ringan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Superintendan Yahaya Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan mewah jenis Porsche Cayenne RR5755 yang dipandu dari Teluk Intan menghala ke Langkap merempu seekor kerbau yang melintas jalan secara tiba-tiba.

“Akibat rempuhan tersebut, kerbau itu melambung ke atas dan terjatuh di atas bumbung boleh buka (sunroof) sebelum bumbung kaca kenderaan tersebut pecah.

“Kerbau tersebut mati di tempat kejadian manakala pemandu dan dua penumpang hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Difahamkan, kesemua anggota badan kerbau tersebut berada di dalam kenderaan mewah itu melainkan kepala dan dua kaki hadapan.

Tambah Yahaya, pemandu dan dua penumpang tersebut mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Polis menasihatkan supaya penternak haiwan peliharaan agar menjaga haiwan ternakan masing-masing dan tidak sepatutnya dibiarkan bebas bergerak.

“Ia merupakan tanggungjawab sosial penternak haiwan tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Related posts