JEMPOL: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah bas persiaran di Jalan Serting Hulu Jempol di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dua lelaki yang berusia lingkungan 30-an maut di lokasi kejadian akibat tersepit.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jempol, Mohd Fahmi Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.15 pagi dan bergegas ke lokasi bersama tiga jentera dan 18 anggota termasuk dari Balai Bomba dan Penyelamat Pertang.

bomba1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati bas yang tidak membawa penumpang itu menghempap kereta dinaiki tiga lelaki dari arah Simpang Pertang yang terbabas dalam longkang di tepi jalan.

“Pihak bomba terpaksa meminta bantuan kren untuk mengalihkan bas itu terlebih dahulu sebelum mengeluarkan mangsa.

“Operasi menyelamat mengambil masa kira-kira sejam kerana semua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Fahmi berkata, pemandu bas persiaran itu tidak cedera manakala semua mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan – berita harian