SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas ke bahu jalan di Jalan Jalong, dekat sini, pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 7.59 pagi.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta Wira Aeroback telah terbabas di bahu jalan.

“Mangsa telah dibawa keluar oleh anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di sini.

Menurutnya, mangsa yang berumur 61 tahun kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.