KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penyatuan ummah atau kerjasama antara Umno dan PAS adalah selaras dengan kehendak bekas Mursyidul AM PAS, Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan Ibrahim yang juga anak saudara kepada bekas menteri besar Kelantan itu berkata, beliau cukup mengenali keinginan arwah Nik Aziz.

“Andai Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih ada, saya sangat mengenali beliau (Nik Aziz) dari kecil sampai ke tua, yang kebetulan bapa saudara (saya).

“Beliau sering kali menyebut soal perlunya umat Islam mencari jalan menyatukan umat Islam…kena cari jalan (satukan umat Islam),” katanya ketika berucap pada ceramah Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.