Subscribe Now

Trending News

Keropok Udang Guna Logo Meragukan Disita
Dalam Negeri

Keropok Udang Guna Logo Meragukan Disita 

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas sebanyak 396 unit keropok udang yang siap dipaket dan 1,600 unit plastik pembungkusan yang menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam serbuan di sebuah premis di Gopeng di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan dijalankan pada pukul 11 pagi dengan melibatkan seramai empat anggota KPDNKK dan tiga pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) selepas menerima aduan daripada orang awam sejak seminggu lalu.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati, premis tersebut menjalankan perniagaan membungkus keropok udang dengan menggunakan tulisan halal bahasa Melayu dan jawi pada paket pembungkusan.

“Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM1,786 dan kita turut menyoal siasat seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai pemilik premis yang telah beroperasi kira-kira dua tahun lalu.

“Siasatan awal mendapati, keropok udang mentah itu dibawa dari Indonesia sebelum ia digoreng dan dibungkus di premis tersebut,” katanya pada┬ásidang akhbar di Bilik Mesyuarat KPDNKK Negeri, Bangunan Persekutuan di sini hari ini.

Menurut Shamsul Nizam, berdasarkan siasatan, keropok udang tersebut dipasarkan di kawasan rehat dan rawat (R&R) di Lebuh Raya Utara-Selatan dari Tapah hingga ke Tanjung Malim.

Jelasnya, pengesahan awal daripada pegawai JAIPk turut mendapati bahawa premis tersebut tidak pernah memohon sijil halal untuk produk keropok udang itu.

Kes disiasat di bawah Perenggan 8(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, Akta Perihal Dagangan 2011. – K! ONLINE

Related posts