Jumlah pelajar sekolah di Perak yang terlibat dalam penagihan dadah kian meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini dan berada di tahap memimbangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahan, Koperasi, NGO, dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, berdasarkan rekod terbaharu 10 bulan pertama ini daripada 3,499 pelajar yang melalui saringan ujian air kencing, 173 (4.94 peratus) daripadanya di dapati positif.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini bermula 2012 lagi saringan ujian dilakukan ke atas 6,920 pelajar, 55 (0.79 peratus) daripadaya di dapati positif, kemudian diikuti 2013 daripada 5,336, 60 (1.12 peratus) daripadanya meningkat.

“Peningkatan sekali lagi dicatatkan pada 2014 dengan 2.59 peratus, 2015 pula 4.09 peratus dan tahun ini sehingga Oktober sebanyak 4.94 peratus peningkatan.

ini mengambarkan penglibatan pelajar-pelajar sekolah memang amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis dari Abdullah Fauzi Ahmad Razali (BN-Kampung Gajah) mengenai data pelajar terlibat dadah di Perak dalam Sidang DUN negeri ke-13 pada Isnin.

Tambah beliau bagi menangani masalah tersebut, pihak kerajaan akan melakukan satu projek pilot di Sitiawan, Manjung sebagai permulaan insiatif membanteras penyalah gunaan dadah di kalangan pelajar secara habis-habisan.

“Fokus akan diberikan kepada tiga perkara utama iaitu keluarga bebas dadah, pekerja bebas dan pelajar bebas dadah.

“Kita akan lakukan perkara tersebut secara berperingkat dan kita yakin kawasan tersebut daripada salah satu kawasan ‘hotspot’ akan bebas dadah,” jelas beliau.