NEW YORK 24 Ogos – Seorang pesakit meninggal dunia selepas mengalami gangguan pernafasan yang teruk akibat terlalu kerap menghisap rokok elektronik, menjadikan kes tersebut sebagai yang pertama berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Lapor BBC, Kejadian berlaku ketika pakar melakukan siasatan keatas beberapa kes penyakit misteri yang menyerang paru-paru segolongan pesakit di AS yang merupakan penghisap rokok jenis itu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) merekodkan 193 ‘kes berpotensi’ di 22 negeri sekitar AS antara 28 Jun hingga 20 Ogos tahun ini.

Pakar CDC mensedahkan  kebanyakan kes berkenaan membabitkan rokok elektronik yang mengandungi THC, unsur aktif dalam dadah jenis ganja.

“Mangsa yang meninggal dunia dimasukkan ke hospital akibat penyakit misteri setelah menghisap rokok elektronik,” kata Ketua Pegawai Perubatan daerah Illinois, Dr. Jennifer Layden.

– AGENSI