IPOH – Orang ramai perlu memiliki kesedaran berhubung masalah kesihatan terutamanya berkaitan sakit jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Ipoh, Chong Siet Fong berkata, sakit jantung dikenal pasti sebagai penyakit ‘pembunuh nombor satu’ di negara ini, dan orang ramai perlu sentiasa berwaspada selain menjaga kesihatan.

Bagaimanapun menurutnya, masalah berkenaan (sakit jantung), boleh ditangani menerusi amalan gaya hidup yang sihat dalam kalangan orang ramai.

“Semua orang, mesti mengamalkan gaya hidup sihat, bagi menangani masalah sakit jantung ini.

“Antara amalan boleh dilakukan adalah menerusi senaman termasuk pemakanan seimbang dan sihat,” katanya.

Siet Fong berkata demikian pada sidang media hari ini sempena Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung ‘Spin Your Heart 2018’ –  Move Your Heart, Fuel Your Heart,  Fire Up Your Heart yang dijadualkan berlangsung di AEON Mall Klebang, 2 September depan.

Perasmian kempen berkenaan dijangka disempurnakan Exco Kerajaan Negeri, A Sivanesan.

Tambah Siet Fong, kempen julung kali dianjurkan itu menyasarkan 100 peserta berumur 55 tahun ke atas yang akan berkayuh menggunakan basikal statik tanpa henti bagi memecahkan Malaysia Book Of Records (MBOR) selama sejam tanpa henti sebelum ini.

Katanya, acara bagi peserta berusia 55 tahun ke bawah juga akan berlangsung selama dua jam di lokasi sama mulai 2.30 petang hingga 4.30 petang.

“Selain itu, kita ada pelbagai acara menarik sempena program berkenaan seperti saringan pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan tekanan darah, kaunseling, kesihatan, tarian zumba dan

“Antara pengisian program seperti saringan kesihatan percuma, pemeriksaan tekanan darah,kaunseling kesihatan, zumba dan tarikan utama pertandingan edurance dance cycling,” katanya – sinar