IPOH – Selepas direhatkan selama sepenggal kerana tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak, Dr Wan Norashikin Wan Noordin membuat penampilan semula setelah

dicalonkan bertanding mewakili BN Perak pada pilihan raya kali ini.

Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah dari tahun 2008 hingga 2013 itu dicalonkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama mengantikan Abdullah Fauzi Ahmad Razali yang digugurkan.

Menurut Wan Norashikin, pemilihan beliau sebagai calon BN pada PRU-14 adalah hasil daripada kesetiaan yang ditunjukkannya kepada parti selama ini walaupun pernah terpilih pada PRU-13.

“Sebagai seorang orang parti UMNO dan BN, terpilih atau tidak itu kita mesti akur, pada PRU-13 saya tidak teprilih namun ianya bukan masalah dan saya teruskan juga perjuangna demi parti.

“Ini yang perlu diterapkan oleh semua, walaupun kecewa bagaimana sekali pun, jangan sesekali membelakangkan parti, ini adalah perjuangna demi rakyat bukan individu,” katanya ketika ditemui.

Wan Norashikin merupakan salah seorang daripada 13 calon wanita yang ditampilkan oleh BN Perak pada PRU-14.

Pada PRU-13, Abdullah Fauzi telah mengalahkan calon PAS, Ishak Saari dengan majoriti 6,100 undi.

Wan Norashikin pada PRU-12 pula, menang melawan Mustafa Shaari dari PAS dengan mendapat 8,818 undi (1,416 majoriti)

BERITA BERKENAAN : Pujuk Ahli Kecewa Yang Tidak Terpilih – Ahmad Zahid