KUALA LUMPUR 26 April – Kesetiaan bekas Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas kepada Barisan Nasional (BN) tidak pernah tercalar meskipun tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) serta berdepan dengan krisis dalaman parti.

Kayveas berkata, kesetiaannya kepada kepemimpinan BN tetap teguh dan tidak pernah terlintas untuk menderhaka.

“Saya berpegang kukuh terhadap prinsip kesetiaan yang didukung pucuk kepimpinan BN. Walaupun mengalami krisis dalam parti, semangat kesetiaan saya kepada BN tidak tercalar.

“Isu keahliannya dalam MyPPP merupakan isu dalaman parti dan akan diselesaikan secara baik agar kredibiliti parti tidak terjejas,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE