KUALA LUMPUR: Kesetiaan dan solidariti di kalangan ahli UMNO merupakan penawar kepada kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke – 14 (PRU14) akan datang.

Justeru itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyeru setiap ahli UMNO supaya menunjukkan kesetiaan kepada parti dan bangkit mempertahankan parti bagi menghadapi pelbagai cabaran masa ini.
“Setiap zaman mempunyai cabarannya dan cabaran tetap cabaran, tidak kira siapa pemimpinnya.

“Dan dalam setiap perjuangan menghadapai cabaran itu, yang paling penting ialah kesetiaan, kesetiaan dari bawah sehinggalah ke atas dan itu bagi saya, penawar untuk kita berhadap dengan apa sahaja cabaran.

“Kesetiaan juga penting ketika ini di mana terdapat beberapa gerakkan dari luar yang “menghentak” kita dari luar, tapi ahli UMNO perlu berani, cekal dan bersolidariti menghadapinya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi temu ramah dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 di PWTC bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 pada Khamis.

Justeru itu, Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menggesa kesemua jentera parti melakukan persiapan menghadapai PRU14 akan datang, bermula sekarang.

“Dijangka (PRU14) pada 2018 nanti, jadi kita kena buat persiapan sekarang, tak boleh buat persiapan akhir atau menunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri.

zambry-mhi-2
“Paling penting ialah di peringkat negeri, secara praktikalnya yang akan melaksanakan agenda parti adalah cawangan-cawangan serta bahagian, mereka yang sebenarnya akan melakukan kerja-kerja di lapangan,” jelas beliau.