SEOUL : Seorang ketua kumpulan ajaran sesat disabitkan dengan beberapa kesalahan merogol dan dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun dalam kes membabitkan 8 pengikut remaja perempuan, termasuk segelintir yang mempercayai dia adalah Tuhan.

Hakim Chung Moon Sung memberitahu Mahkamah Daerah Seoul, kesemua mangsa Paderi Lee Jaerock gagal menolak tindakan mangsa kerana takut dianggap melanggar arahan pihak berkuasa tertuduh.

Ketaksuban terhadap agama sangat berleluasa di Korea Selatan dengan 44 peratus individu mengisytiharkan diri mereka sebagai pengikut.

Kebanyakan kepercayaan itu berkisar di kalangan gereja arus perdana yang bersandarkan kemewahan dan pengaruh, hasil sumbangan derma mencecah sehingga 10 peratus daripada gaji pengikut mereka.

Pengaruh kumpulan yang lebih kecil turut berleluasa dan pakar menganggarkan, 60 penduduk di dalam negara itu mendakwa diri masing-masing sebagai wali manakala sebilangan lagi terbabit dalam penipuan. dakyah, pengaruh serta aktiviti dikaitkan dengan ajaran sesat.

Lee menubuhkan Gereja Pusat Manmin di Guro, satu ketika dahulu kawasan termiskin di Seoul dengan hanya 12 pengikut pada tahun 1982. Ia kini berkembang kepada 130,000 ahli bersama auditorium, ibu pejabat dan laman web.

Tiga pengikut Lee bagaimanapun secara terbuka membuat pendedahan awal tahun ini serentak dengan kebangkitan kempen #MeToo di Korea Selatan bahawa lelaki itu memanggil ketiga-tiga mangsa dan memaksa mereka melakukan hubungan seks bersamanya.

“Saya gagal menolak keinginan beliau. Taraf beliau melebihi seorang raja, beliau adalah Tuhan,” kata wanita itu menerusi rangkaian televisyen Korea Selatan.

Mangsa ialah pengikut kumpulan Lee sejak dari kanak-kanak. – AFP