BEIJING – CHINA. Peminat rangkaian makanan segera KFC di China mempunyai cara lain bagi menunjukkan kecintaan mereka kepada jenama makanan segera itu selepas KFC mengumumkan keluaran terhad telefon pintar.

Dalam pengumuman di Weibo, KFC berkata, syarikat itu berkerjasama dengan telefon pintar jenama Huawei akan memperkenalkan model khas Huawei Enjoy 7 Plus bagi meraikan 30 tahun perniagaan rangkaian makanan segera itu di China.

Model telefon berkenaan didatangkan dengan warna merah dengan ikon KFC, Kolonel Sander di belakang peranti itu.

Menurut kenyataan di Weibo, telefon berkenaan dilengkapi dengan aplikasi mudah alih KFC dan akan membolehkan pengguna mengakses,K-muzik, ciri-ciri seperti Jukebox KFC dimana pelangan boleh memilih muzik di outlet KFC.

Huawei dan KFC akan mengeluarkan 5,000 peranti dengan harga 1,099 yuan setiap satu, lapor Channel News Asia.