Ipoh: Perak mungkin tidak dapat menurunkan kapten, Nasir Basharuddin dan Khairil Anuar Zamri ketika memulakan kempen Liga Super bertemu Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.

Ini kerana kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan dan jurulatih Mehmet Durakovic mahu menunggu dan lihat perkembangan terkini mereka.

“Saya mahu lihat dulu tahap kecederaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan. Sudah tentu kemampuan kami terjejas tanpa mereka nanti.

“Apa pun saya sudah bersedia menghadapi kemungkinan tidak dapat menurunkan mereka kerana saya ada pengganti bersesuaian,” kata Durakovic.

Selain Nasir dan Khairil yang dipanggil Beto, Durakovic berkata, Hafiz Kamal juga tidak dapat diturunkan apabila dia masih menjalani pemulihan selepas pembedahan.-metro