BEKAS Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sedia menyerahkan tugasnya memimpin golongan belia, kepada pemimpin muda Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Khairy menerusi pesanan Twitternya, mengucapkan tahniah kepada Syed Saddiq dan berhadap beliau dapat memimpin belia di negara ini dengan baik.

“Cogratulations, YB. Please look after our youth. Over to you now,” memetik kenyataan Khairy dalam Twitternya.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) menewaskan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan Khairy itu, lanjutan menjawab Twitter Syed Saddiq, yang meluahkan rasa terima kasih atas usaha Khairy dalam memimpin belia, menerusi portfolio hebat dalam agenda pembangunan belia, khususnya sukan.

Ketua Armada Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), berusia 26 tahun itu, turut berharap untuk bekerjasama dengan Khairy berhubung pembangunan belia negara ini.

“Looking forward to engaging with you in Parliament sir. You’ve built a formidable portfolio in forwarding the youth agenda, especially in sports,” katanya.

Kenyatan Khairy itu, turut menerima pelbagai reaksi netizen, yang rata-rata berterima kasih atas usaha serta pengorbanan Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO dan BN.

Malah ada natizen mengharapkan mereka selaku pemimpin muda, bekerjasama membangunkan belia – hmetro