PETALING JAYA: Seorang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap malam tadi dalam siasatan polis ke atas dakwaan menghina Raja Permaisuri Agong.

Khalid Ismath ditangkap pada 10.30 malam di rumahnya di Klang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara.

“Dia disiasat bawah Akta Hasutan kerana didakwa menulis mengenai Raja Permaisuri Agong di Twitter,” kata pemimpin PSM, S Arutchelvan.