Perniagaan yang telah dijalankan oleh sebuah keluarga di Vietnam telah ditangkap kerana didapati menghasilkan kopi murah dan kotor.

Kopi tersebut telah diperbuat dari bateri, habuk serta bahan-bahan berbahaya yang lain.

 

Setelah menerima beberapa aduan dari penduduk setempat yang dikatakan melihat aktiviti mencurigakan di kawasan itu, pihak polis telah menyerbu kilang tersebut yang terletak di wilayah Dak Nong pada petang Isnin.

Dalam serbuan tersebut, polis menemui 35 kilogram bateri hancur disimpan di dalam dua bekas, sebuah kontena cecair hitam seberat 10 kilogram, dan 12 tan kopi kotor telah tersedia untuk dihantar.

Pemiliknya, Nguyen Thi Loan memberitahu pihak polis bahawa beliau akan membeli biji kopi yang ditolak dengan harga rendah

Mereka kemudiannya akan mencampurkan serbuk kopi tersebut dengan bahan kotoran, habuk, batu serta campuran pewarna hitam dan bahan bateri ke dalam produk kopi yang bakal dijual itu.

NOTA: Keracunan bahan kimia ini dikatakan boleh menyebabkan kerosakan otak selepas pendedahan yang berpanjangan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cara mereka melakukannya adalah dengan menghancurkan bateri sehingga menjadi serpihan untuk diproses menjadi serbuk.

Manakala, serbuk yang diekstrak dari bateri akan dimasukkan ke dalam air dan akan menghasilkan cecair hitam yang boleh digunakan untuk memperhaluskan bijian kopi sebelum dipanggang dan dibungkus untuk dijual.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menurut Tuoi Tre News, pengakuan oleh pemilik dan bukti yang dijumpai oleh pihak polis masih tidak mengumpul bukti yang cukup untuk mendakwa bahawa kopi tersebut dijual untuk makanan dan minuman

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perniagaan itu dikatakan telah beroperasi sejak tahun 2016 dan pada awal tahun ini mereka telah membekalkan kira-kira 2,700 kilogram kopi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pemiliknya.

Tuoi Tre News juga melaporkan bahawa polis masih mencari bukti yang cukup untuk menentukan bahawa kopi telah dijual serta tujuan disebaliknya. Dalam pada itu, pengguna di Vietnam ingin menuntut keadilan bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan kotor ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buat masa ini mungkin anda perlu hentikan pembelian kopi yang diperbuat dari Vietnam untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

-SAYS