MALAYSIA kekal garang di kedudukan pertama dalam saingan Sukan Sea 2017 apabila mengumpulkan 151 pingat iaitu 64 pingat emas, 45 pingat perak dan 42 gangsa, setakat ini.

Vietnam berada di tangga kedua apabila memperoleh 97 pingat selepas meraih 38 emas, 26 perak dan 33 gangsa.

Di kedudukan ketiga pula, Singapura dengan 102 pingat Iiaitu 35 emas, 33 perak dan 34 gangsa.

Thailand pula berada di tangga keempat dengan 30 emas, 47 perak dan 50 gangsa, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan, 127 pingat.

Seterusnya, Indonesia berada di kedudukan kelima, diikuti Filipina, Myanmar, Kemboja, Brunei, Laos dan Timur Leste. Jumlah pingat yang dikumpul setakat jam 4.15 petang, hari ini.

-SinarHarian