KUALA LUMPUR : Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak membabitkan lima kes positif dicatatkan setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes jangkitan itu membabitkan kakitangan di IPD berkenaan dengan pertambahan satu lagi kes baharu

“Kita akan melaksana penyaringan kepada kakitangan IPD. Mereka yang positif akan diasingkan dan kontak rapat kita akan kuarantin,” katanya pada sidang media harian COVID-19 di Putrajaya

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 11 daripada 19 kes baharu positif COVID-19 yang direkodkan hari ini, terdiri daripada rakyat tempatan, dua kes membabitkan warga Bangladesh manakala enam lagi adalah kes import.

Pada masa sama, jumlah kes yang sudah pulih dan dibenarkan dicaj membabitkan seramai 39 pesakit, p[enjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sudah pulih adalah 6,674 kes atau 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata, setakat jam 12 tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan sebanyak 8,322 kes jangkitan dengan kebolehjangkitan sebanyak 1,531 kes.

Beliau berkata, enam daripada 11 kes jangkitan warga tempatan adalah di Selangor, iaitu masing-masing dua kes saringan di pusat rehabilitasi di Dengkil dan madrasah tahfiz, selain masing-masing satu kes membabitkan seorangtahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dan saringan tempat kerja di Klang.

“Dua kes di kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membabitkan satu kes di Kluster Pangsapuri Cheras dan satu kes bagi Kluster Gombak iaitu kluster baharu, saringan kontak rapat kes sebelum ini.

“Satu kes saringan pekerja kilang di Seremban, Negeri Sembilan dan dua kes di Sabah bagi saringan kontak rapat iaitu ahli keluarga kepada kes sebelum ini.

“Sehingga kini, seramai lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.