IPOH: Sebuah kompleks taman rekreasi awam Manjoi akan dibangunkan tidak lama lagi bagi memberi kemudahan riadah untuk penduduk sekitar Gugusan Manjoi.

Majlis pecah tanah cadangan projek itu disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini, sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Kinta.

3e58a26a-6dc1-4f09-91d3-e6d6e228c16bHadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Ghazali Jalal, Exco kerajaan negeri, Datuk Rusnah Kassim, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, ADUN Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin dan Pegawai Daerah Kinta, Shahrul Azam Shaari.

Kompleks itu akan dibangunkan dengan peruntukan kira-kira RM500,000 dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan .

Dr Zambry di dalam ucapannya di majlis itu yakin, kompleks berkenaan akan menjadi tumpuan lebih 30,000 penduduk Gugusan Manjoi.

Beliau turut meminta pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya mengindahkan kawasan itu dan menanam pokok-pokok rendang untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.

“Apa yang paling penting ialaj penduduk setempat mestiĀ  bersama-sama menjaga kebersihan kawasan ini di samping mengelakkan berlaku vendalisme,” katanya.

Dr Zambry turut menyampaikan surat penyerahan pengurusan kompleks tersebut kepada MBI yang diterima Datuk Bandar Ipoh.

Kompleks Taman Rekreasi Awam Manjoi yang terletak di kawasan mini stadium, antara lain akan mempunyai kawasan permainan kanak-kanak, refleksologi dan ‘outdoor gym’.

Sementara itu, Ziad di dalam ucapannya berkata, cadangan kompleks itu datang daripada idea penduduk kampung bagi mengelakkan kawasan berkenaan menjadi tempat aktiviti yang tidak diingini.