KUALA LUMPUR: Komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia, pada jam 3.02 petang tadi.

Berita berkenaan disahkan penyanyi, Noraniza Idris, yang mendapat perkhabaran duka mengenai pemergian Pak Ngah, 60, menerusi anak komposer itu, Megat.

BH Online turut mendapat kiriman mesej mengenai berita kematian komposer yang banyak bekerjasama dengan artis terkenal tanah air itu, seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza, Wany Hasrita, Syura dan Zehra Zambri.

“Salam famili semua. Saya Megat mewakili bapa saya. Dengan rasa sedih kami ingin memaklumkan Pak Ngah selamat kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham kini sedang diuruskan untuk dibawa pulang ke Malaysia – berita harian

Berita lanjut akan menyusul sebentar lagi.