Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengakui perkara itu berkata, ia perlu diselesaikan segera

Tentulah kita sentiasa mendoakan ini akan berakhir tak lama lagi. Isu ini tidak baik untuk kita, bukan saja untuk PH tetapi untuk kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dipetik oleh Malaysiakini sebagai berkata, pergeseran antara dua pemimpin utama PKR itu boleh menyebabkan Pakatan Harapan (PH) berpecah.

“Ia mungkin. Tetapi bergantung sama ada Anwar atau Azmin memiliki sokongan (yang cukup).

“Berdasarkan apa yang kita baca di media sosial, seperti ada perpecahan dalam parti. Mari berharap kestabilan akan kekal,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata beliau tidak tahu sama ada pembangkang akan menang dalam PRU akan datang.

Beliau yakin Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi PH tahu ke mana hala tuju gabungan itu pada masa ini.

Tengku Razaleigh berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan 27 pemimpin dan anggota parlimen PKR menyatakan sokongan kepada Azmin.

Pada masa sama kata pemimpin veteran UMNO itu, Anwar selaku presiden perlu segera menyatupadukan parti.

 

– UTUSANONLINE