IPOH: Mesyuarat koordinasi antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Lembaga Air Perak (LAP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Hidro akan digerakkan secepat mungkin bagi menggelakkan kejadian gangguan bekalan air di Seri Iskandar berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dari tempoh jam 10 pagi Rabu hingga 8 pagi ini, Loji Rawatan Air (LRA) Kampung Senin hanya mampu merawat 500 m3/jam, berbanding pengeluaran biasa sebanyak 1800 m3/jam.

Bagaimanapun, kata beliau, bekalan air ke kawasan berkenaan dijangka beransur pulih pada lewat petang ini.

2a8298ce-c18c-4004-9af9-81f21d4abfe5

“Laporan status terkini pada jam 12.30 tengahari, loji berjalan pada maksima seperti biasa, mengepam 1,780 m3/jam, ini menunjukkan prestasi semasa bekalan air semakin baik,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Zainol berkata, pada jam 9 pagi tadi, paras air sungai di takat pengambilan air LRA Kampung senin, Bota telah mencatatkan peningkatan 0.1 meter dan ini membolehkan loji tersebut menambah kapasiti pengeluaran ke 950 me/jam.

Menurut beliau, LAP sedang memantau keadaan dan sedang berusaha untuk menjalankan pam besar nombor dua.

“Adalah dijangka paras air sungai akan meningkat lanjutan dari peningkatan perlepasan Empangan Chenderoh dan bekalan dapat dipulihkan sepenuhnya pada lewat petang atau malam ini,” ujarnya.