Oleh:Nazialita Geynna Maharan

IPOH: KPerak Inc hari ini meluangkan masa beramah mesra bersama rakan strategiknya di Majlis Berbuka Puasa khas di sini, pada petang Sabtu.

Agensi Penyelaras Infrastruktur Telekomunikasi atau singkatannya, APiT, menganjurkan majlis itu untuk meraikan rakan strategiknya yang banyak membantu unit tersebut selama ini.

Majlis ringkas itu turut dihadiri oleh beberapa wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pasukan petugas teknikal APiT serta wakil agensi kerajaan yang hadir bersama keluarga dan sahabat.

Ketua Pegawai Eksekutif KPerak, Mohd Nazaruddin Mohd Yusoff berkata, selain meraikan rakan strategik APiT yang membantu pelaksanaan unit itu sejak tahun 2016, majlis tersebut juga bertujuan merapatkan hubungan di antara kakitangan.

Iftar-Kperak 2

“Sebelum ini, kesibukan jadual kerja mengekang kita. Jarang kita mempunyai masa untuk berbual dan mengenali sesama warga KPerak, PBT dan agensi lain yang membantu mempertingkatkan mutu telekomunikasi di Perak.

“Justeru, majlis ringkas ini diadakan sempena bulan Ramadan dan mengambil peluang untuk mengeratkan hubungan baik yang terbina di tempat kerja agar menjadi lebih akrab,” katanya kepada Suara Perak.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Radzi; Ketua Pengarah Urusan Stealth Solution Sdn Bhd, Datuk Amrul Hisyam Alias dan Ketua Operasi Eksekutif Naza Communications Sdn Bhd, Subash Devan.

 

Iftar-Kperak 3