Manjung : Sebuah kren tumbang dan menghempap lori di kawasan projek Manjung 5, di sini, hari ini.

Kejadian itu turut tular di laman sosial dan didakwa membabitkan dua maut dan lima cedera.

Bagaimanapun, pihak pengurusan di kawasan berkenaan menolak dakwaan berhubung kejadian 11.45 pagi itu membabitkan kematian dan kecederaan.

Difahamkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.