IPOH: Barisan Nasional (BN) Negeri Perak tidak akan mengambil mudah pencalonan pihak pembangkang yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Perhubungan BN Perak berkata sebarang ketidaklancaran dalam mana-mana parti pembangkang tidak sepatutnya dipandang ringan dalam mempersiapkan jentera pilhan raya bagi BN.

“Kita tidak boleh alpa dan mengatakan sekiranya ada ketidaksefahaman antara pembangkang maka kita ada peluang untuk menang pada PRK kali ini.

“Kita akan melakukan pemerhatian, persiapan yang secukupnya dan menjalankannya secara serius, tak kiralah samada mereka berkelahi atau tidak atau tidak bersefahaman antara sesama mereka,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada selepas merasmikan Majlis Graduasi Bersepadu GIATMARA Perak di Dewan Bankuet RTC Gopeng pada Selasa.

giatmara3

giatmara4

Dr Zambry yang juga Pengarah PRK Kuala Kangsar berkata, pihak BN Perak perlu menyusun strategi yang terbaik sekalipun sesiapa sahaja yang bertanding dalam PRK kali ini bagi menjanjikan kemenangan pagi parti BN.