PUTRAJAYA – Keupayaan untuk melihat terkedepan melalui kajian strategik masa hadapan semakin penting menuju ke arah matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, beliau begitu teruja apabila Jabatan Perkhid­matan Awam mengguna pakai metodologi pandangan jauh dalam penyediaan pelan strategiknya dengan kerjasama Malaysian Foresight Institute dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Ini memperlihatkan ke­upayaan negara mengaplikasi ilmu dan teknologi demi kesejahteraan rakyat dan negara. Syabas,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat Majlis Sains Negara di sini semalam.

-Kosmo! Online