BUKIT MERAH: Dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, Lake View College (LVC) yang terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort ini pastinya menjanjikan kelainan kepada para penuntut di sini.

298a6d7a-4db8-40c1-94a2-d823d556516a

LVC atau dahulu dikenali sebagai Bukit Merah Laketown Institute of Allied Health Sciences (BMLIAHS) telah ditubuhkan pada 2006 dengan pengambilan pelajar pertamanya seramai 116 orang dalam bidang Kejururawatan.

LVC kini menawarkan tujuh program pengajian di peringkat Diploma di bidang Kejururawatan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kesihatan Persekitaran, Pengurusan Hotel, Pengurusan Pelancongan, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.

743bacdb-9dd5-43bb-aa37-4c9799c4c837Tiga kursus telah turut mendapat Akreditasi Penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sebuah agensi pengiktirafan kualiti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu Kejururawatan, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Kesihatan Persekitaran.

Sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian.

Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada.

a0129782-5723-4d59-b872-b698a9fe1638

LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian terendah di negara ini bagi peringkat Diploma iaitu di antara RM18,000 sehingga RM36,000. Jumlah yuran ini adalah termasuk penginapan asrama di dalam kampus sepanjang tempoh pengajian.

Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal.

Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak.

a399afa3-427b-4b22-94f7-c04067f5f8cd

Bagi bantuan kewangan pula, LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi merealisasikan hasrat pelajar untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan dan memenuhi syarat menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.

Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini.

LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu serta dalam perancangan membuat pengambilan pelajar antarabangsa bagi program-program yang ditawarkan.

Bagi mereka yang berminat, boleh layari laman web LVC, http://www.lvc.edu.my/ atau hubungi 05-890 8071/05-890 8072 atau 019-4176809 untuk keterangan lanjut.