IPOH – Kesemua 70 perpustakaan di bawah Perpustakaan Awam Negeri, bakal melaksanakan projek Laporan Prestasi Perpustakaan Dalam Negeri Perak (Ezstat), mulai Januari 2019.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), Mohamad Nazari Abdul Hamid berkata, pelaksanaan projek berkenaan secara keseluruhannya bertujuan untuk menambahbaik laporan bagi aktiviti-aktiviti yang dibuat termasuk maklum balas orang ramai terhadap perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan berkenaan.

Menurut Mohamad Nazri, pelaksanaan sistem berkenaan akan turut melibatkan perpustakaan desa, perpustakaan cawangan serta perpustakaan bergerak.

“Sebelum ini, kita buat secara manual. Sebab itu berlaku masalah seperti salah maklumat, salah atau lewat daftar masuk dan sebagainya,.

“Diharapkan Ezstat ini dapat membantu kita pada masa hadapan,” katanya.

Mohamad Nazri berkata demikian pada sidang media sempena majlis menandatangani persetujuan (MoA), berhubung pelaksanaan sistem berkenaan bersama Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Prof. Madya Dr Shaiful Annuar Khalid di bilik Cempaka PPANPk, hari ini.

Sementara itu, Shaiful Annuar projek pertama yang dijalankan di Perak.

Katanya, prototaip projek ini kita dah buat enam bulan lalu dan dijangka mulai Januari 2019, ia sudah boleh dilaksanakan.

“Sistem ini dibangunkan oleh pensyarah dan pegawai teknologi maklumat dan kita jangkakan pada Januari tahun hadapan ia sudah boleh digunakan,” katanya – sinar