IPOH – Penerbangan tambang murah Medan-Ipoh Malindo Air yang terhenti sejak tahun 2015 akan diaktifkan semula bermula 16 Mac ini.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Norlee Ashilin Mohd Radzi, syarikat penerbangan hybrid Malaysia itu akan membuka semula laluan tersebut bersert dengan pakej bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

 

Katanya Malindo Air telah menghentikan perkhidmatan bagi lalun tersebut berikutan masalah jadual perjalanan yang kurang sesuai serta tidak memenuhi permintaan.

1685be38-89d9-48b4-9a6d-cb51717a094e

“Kita pernah ada penerbangan Medan-Ipoh sebelum ini tetapi ia tidak berjaya memandangkan pemilihan hari dan masa yang tidak begitu sesuai.

 

“Namun Malindo Air telah memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan laluan itu pada 16 Mac ini dengan jadual penerbangan empat kali seminggu iaitu Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad,”ujar Nolee.

 

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sesi Taklimat dan Bengkel Ipoh Branding di Hotel Weil, di sini pada Selasa.

 

 

Yang turut sama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man dan barisan pemain industri pelancongan dari pelbagai sektor.

 

 

 

Dalam pada itu, Nolee menambah, laluan yang menghubungkan kedua bandar ini nanti akan mewujudkan sebuah ‘bandar persahabatan’, selain menggalakkan pelancong dari Indonesia ke Perak.

 

 

“Rasanya tidak menjadi masalah untuk Malaysia memenuhi kuota ke sana (Medan) memandangkan orang kita gemar melancong ke Indonesia. Diharapkan dengan pakej yang ditawarkan ini dapat membawa pelancong dalam jumlah yang besar ke Ipoh,”katanya.

 

 

Terdahulu, Nolee menyertai sesi taklimat yang bertujuan untuk membincangkan jenama terbaik dalam memperkenalkan bandar raya ini ke peringkat antarabangsa.