IPOH: Laluan di Kilometer 17, berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Lebey di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik – Jeli yang terhalang ekoran banjir lumpur selepas hujan lebat petang semalam, telah pulih hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kerja-kerja pembersihan kawasan berkenaan telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

IMG-20170829-WA0005

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, banjir lumpur yang turut membawa dahan pokok patah telah menyebabkan kedua-dua arah terhalang.

Bagaimanapun, pihak bomba bertindak melakukan pembersihan dengan mengalihkan dahan serta menyembur lumpur di kawasan jalan bagi membolehkan kenderaan lalu.