IPOH: Warga Ipoh yang masih berjaga awal pagi tadi dikejutkan dengan dentuman kuat sebuah Lamborghini yang hilang kawalan sehingga merempuh lapan kenderaan parkir di bahu jalan sepanjang Jalan Sultan Idris Shah berhampiran pusat beli belah Ipoh Parade.

Dalam kejadian sekitar 1.44 pagi itu, kereta tersebut yang datang dari arah pekan lama secara tiba-tiba menghentam deretan kereta di bahu jalan sebelum melanggar pokok.

ae07cd3f-1275-4439-b6d4-6c40318320ceKetua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby yang mengesahkan kejadian berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

“Pihak polis menerima maklumat sekitar pukul 1.44 pagi mengenai kemalangan di Jalan Sultan Idris Shah menyebabkan kerosakkan sembilan kenderaan termasuk kereta Lamborghini pemandu terbabit.

“Siasatan awal mendapati, kenderaan dipandu seorang lelaki berusia 35 tahun disebabkan hilang kawalan dan merempuh kesemua lapan kenderaan yang berada di tepi jalan.

“Selepas itu, pemandu telah merempuh sebatang pokok,”katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan awal mendapati pemandu berkenaan disahkan tidak berada di bawah pengaruh alkohol sebaliknya berada dalam keadaan letih sewaktu insiden, katanya

“Buat masa ini, siasatan lanjut akan terus dijalankan dan tiada tangkapan dibuat