IPOH: Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh ditutup sementara selama 24 jam bermula 6.40 petang Khamis hingga 6.40 petang Jumaat.

 

Penutupan dibuat selepas hasil pemeriksaan rutin pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), disyaki terdapat tanah mendap (sinkhole) di landasan lapangan terbang itu.

 

Menurut kenyataan MAHB, semua syarikat penerbangan telah dimaklumkan mengenai penutupan sementara itu yang menjejaskan 12 penerbangan Malindo Air, Tiger Air dan Firefly.

 

Para penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat-syarikat berkenaan mengenai penjadualan semula penerbangan.

 

Pihak MAHB akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu selepas kerja-kerja penilaian dan pembaikan siap.

4b43b446-a015-4e8b-83fd-1f04df1852f4f167c002-daa3-4df9-8df7-b08410a62e1bd58a267e-0c7a-494c-967f-fbda0641a7381b37365d-75d3-40a7-a88c-4b05d8769997