Lembaga Air Perak (LAP) mencatatkan keuntungan bersih pracukai sebanyak RM76.01juta bagi tempoh Januari hingga September 2016.

 “LAP telah mencatatkan jualan air sebanyak RM254.12 juta dalam tempoh sama iaitu peningkatan sebanyak 3.3 peratus berbanding tahun lalu.

 “Peningkatan jualan air ini adalah disebabkan peningkatan penggunaan air sebanyak 5 peratus bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2016 khususnya daerah Larut Matang.

 “Kita mengharapkan LAP dapat mengekalkan prestasi ini sehingga akhir tahun,” katanya dalam satu sidang media khas di Ipoh pada Isnin.

 Dalam pada itu, beliau turut memberitahu Belanjawan Kumpulan Wang LAP akan memperuntukkan sebanyak RM447.3juta bagi belanjawan tahun hadapan.

 “Sebanyak RM339.5juta (75.9 peratus) adalah untuk belanja mengurus, RM91.8juta untuk pembangunan, RM15.4juta untuk pembayaran balik pinjaman dan RM0.5 juta untuk bayaran Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

 “Peruntukkan Pembangunan 2017 itu adalah untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek sambungan dan projek-projek baharu.

 Jelas beliau projek-projek sambungan yang telah dirancang adalah bernilai RM58 juta dan projek baru bernilai RM26juta.

 “Untuk empat projek sambungan ialah menaik taraf Loji Rawatan di Air Sungai Dara,Batang Padang, Air Gunung Semanggol, Kerian, Air Teluk Kepayang, Bota dan Air Kampung Jong Gerik.

 “Bagi projek baharu pula adalah menaik taraf loji Rawatan Air Anak Sungai Kurau, pemasangan paip 1.2km garis pusat dari Kampung Acheh ke Pundut, pembinaan loji rawatan air gerik lima dan menaik taraf loji rawatan Air Sungai Kampar,” ujarnya