BEHRANG: Lembaga Air Perak (LAP) melaksanakan satu lagu projek di bawah tanggungjajwab sosial korporat (CSR) sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Muallim dengan menaiktaraf sistem paip air dalaman Masjid Ar-Rahmaniah, Felda Sungai Behrang dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, bekalan air di masjid berkenaan menghadapi masalah, terutama ketika musim perayaan dan hari Jumaat, kerana penggunaan yang tinggi.

 

LAP-sistem-paip 2

Menurut beliau, sistem paip dalaman sedia ada terlalu banyak bekalan secara terus, tanpa melalui tangki yang disediakan.

“Penggunaan air secara terus menyebabkan bekalan ke tandas dari tangki sedia ada dengan muatan 150 gelen, terjejas di samping paip telah lama dan uzur,” katanya kepada Suara Perak pada Khamis.

Zainol memberitahu, kerja-kerja menaiktaraf itu antara lain melibatkan penggantian sistem paip, meter dan tangki baru yang boleh menampung sehingga 400 gelen air pada satu-satu masa.

Menurut beliau, kerja-kerja menaiktaraf itu melibatkan kos keseluruhan RM5,952.