PASIR PUTEH: Deretan lapan unit kedai di hadapan Agro Bank di bandar ini terbakar tengah hari Jumaat yang menyebabkan dua daripadanya terjejas teruk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmy Mustofar berkata, bomba yang menerima panggilan kecemasan jam 12.06 tengah hari bergegas ke lokasi.

Katanya, operasi memadamkan kebakaran bermula jam 12.12 tengah hari membabitkan tujuh anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Jaafar Jusin sebelum dibantu 24 anggota bomba dan bomba sukarela dari Pasir Tumboh dan Ketereh.

“Anggota bertugas memadam mengguna enam aliran hos sehingga kebakaran padam sepenuhnya dan selepas mendapati tiada bahaya lain, operasi ditamatkan jam 1.59 petang.

“Dua kedai yang yang terjejas teruk dalam kebakaran itu sementara selebihnya hanya mengalami kerosakan bahagian atas sahaja, punca kebakaran masih dalam siasatan dan nilai kerugian juga belum dapat dipastikan,” katanya.

Dereta kedai itu terletak dalam kawasan taman permainan, Taman Mahkota dan bersebelahaan dengan Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Lelaki (SKPPL). – Sinar Harian