BATU GAJAH: Lapan buah gerai di Jalan Pasar di sini musnah terbakar dalam kejadian petang Khamis.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 1.42 petang.

Katanya, tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Simpang Pulai dan Seri Iskandar dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

“Kebakaran melibatkan lapan buah gerai jelas C berkeluasan 10’ X 10’ dan peratusan kebakaran adalah 70 peratus,” katanya di sini.

Kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.