IPOH: Seramai lapan orang lagi Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengangkat sumpah jawatan dalam dua kumpulan di Dewan Mesyuarat MBI pada pagi tadi.

Ia adalah tambahan kepada 17 Ahli Majlis yang telah mengangkat sumpah jawatan pada 4 Mei lalu.

Puteri Holijah Muhamad Rali mengetuai kumpulan pertama manakala Datuk Azizul Kama Abd Aziz pula mengetuai kumpulan kedua mengangkat sumpah jawatan.

Tempoh lantikan Ahli Majlis ini bermula dari 1 Mei 2020 hingga 30 April 2021.

Empat Ahli Majlis tersebut adalah dari Barisan Nasional (BN) dan masing-masing tiga daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan satu dari PAS.

Semoga pelantikan Ahli Majlis ini akan menjadi penghubung antara MBI dan wargakota Ipoh serta meneruskan kecemerlangan MBI sebagai antara PBT Terbaik di Malaysia.