KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Latiff Borgiba yang popular sekitar tahun 1960-an sehingga 1980-an baru sahaja menghembuskan nafas terakhir di kediamannya sebentar tadi.

Latif atau nama sebenarnya Abdul Latiff T.K. Gomu Kakah meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Bagaimanapun, punca kematian masih belum disahkan lagi.

Allahyarham yang dilahirkan di Bangkok, Thailand itu meninggalkan seorang balu dan 16 orang anak.

Ketika masih bergiat aktif dalam dunia lakonan, Allahyarham begitu sinonim dengan watak jahat. Antara filem lakonannya ialah Dang Lenggang, Ribut Di Hujung Senja dan Anakku Suamiku. – K! ONLINE