SLIM RIVER: Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) mengadakan lawatan menyantuni 80 pesakit di enam wad di Hospital Slim River di sini, hari ini, sempena Permukiman Menteri Besar di daerah Mu’allim yang bermula semalam.

IMG-20170719-WA0002Lawatan mesra yang mengambil masa kira-kira dua jam itu diketuai oleh Yang DiPertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga isteri kepada Menteri Besar Perak.

Hadir sama ialah ahli-ahli BAIDURI yang terdiri daripada isteri-isteri wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang turut melawat dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit-pesakit serta beramah-mesra dengan kakitangan hospital tersebut.

Menurut Saripah, kunjungan tersebut bukan sekadar untuk menyampaikan sumbangan malah bertujuan memberikan semangat kepada para pesakit untuk terus kuat dalam menjalani rawatan.

“Baiduri melawat wad wanita, kanak-kanak dan lelaki. Saya mengharapkan kunjungan kami memberi kegirangan untuk mereka yang menjalani rawatan di  hospital ini,” ujar beliau ketika ditemui dalam program lawatan tersebut pada Rabu.

IMG-20170719-WA0003

Saripah dan ahli BAIDURI turut menyampaikan sumbangan bahan bacaan untuk diletakkan di ruang permainan kanak-kanak di hospital berkenaan.