IPOH: Program lawatan 14 duta dan pesuruhjaya tinggi di Malaysia ke Perak sebagai satu daripada strategi pemasaran dan promosi sekaligus dapat memperkasakan industri pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, menerusi program tiga hari itu, memberi peluang kepada kerajaan negeri mempromosi kebudayaan dan memaparkan produk kraftangan warisan negeri Perak kepada ketua perwakilan asing.

Duta Perak Pemasaran Pelancongann5

Menurutnya, Perak dipilih sebagai destinasi pertama untuk program itu dan ia merupakan permulaan untuk ketua perwakilan asing tersebut mendapat gambaran dengan lebih jelas mengenai sektor pelancongan dan kebudayaan negeri Perak.

“Program tersebut juga turut memberi peluang kepada mereka untuk mempromosikan Perak dan secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai pelancong asing berkunjung ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2017.

“Apa yang kita mahukan sebenarnya adalah kadar tukaran mata wang asing yang dibawa oleh pelancong antarabangsa dapat menjana ekonomi kepada masyarakat tempatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama 14 duta dan pesuruhjaya tinggi di Malaysia di sini pada malam Selasa.

Program julung kali diadakan anjuran Kementerian Luar itu disertai duta dan ketua perwakilan negara, antaranya dari Argentina, Belgium, Maldives, Kemboja, Finland, Fiji, Nigeria, Namibia dan Senegal.

Nolee berkata, program itu juga memberi gambaran jelas mengenai peluang dan potensi pelaburan yang terdapat di Perak, seterusnya dapat menarik pelabur asing masuk ke negeri ini.

“Kita juga mengharapkan selepas ini agar dapat menjalinkan kerjasama bersama delegasi berkenaan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program kebudayaan bertujuan menonjolkan persembahan kesenian rakyat yang terdapat di negara masing-masing,” ujarnya.

Duta Perak Pemasaran Pelancongan 3

Duta Perak Pemasaran Pelancongan 2

Duta Perak Pemasaran Pelancongan 1

Duta Perak Pemasaran Pelancongan4