IPOH:Duta Besar Norway,TYT Hans Ola Urstad meluangkan masa melawat Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di pejabatnya pada pagi Isnin.

Beliau sempat beramah mesra dan berbual dengan beberapa barisan kepimpinan kerajaan negeri yang turut hadir.

Antaranya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad.

Selain itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Dr Bah Piyan turut hadir ke dalam lawatan tersebut.