TELUK INTAN: Lebih 250 peserta mengambil bahagian di dalam program Skills @ PEKA sempena Permukiman Daerah Hilir Perak di Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan pada Selasa.

c3670b04-1536-433d-9a85-3889ebf8347e

Selain mengambil bahagian dalam seminar pembangunan keusahawanan, peserta juga mengambil bahagian dalam bengkel ‘easy step’ pemasaran atas talian.

Para peserta terdiri daripada penuntut Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, Kolej Vokasional Gerik dan komuniti setempat.

Di dalam bengkel itu, peserta diberikan pendedahan mengenai cara-cara memasarkan produk atas talian melalui media sosial sedia ada.

81fa3484-9a50-42cd-bbe3-e92b9abc7217

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, program itu antara lain untuk memberi motivasi kepada peserta mengenai peluang di dalam bidang keusahawanan.

Menurut beliau, jika era selepas merdeka, ibu bapa sangat mengharapkan anak-anak mereka bekerja sebagai penjawat awam tetapi kini tidak lagi.

“Dahulu lain, sekarang lain, kalau dahulu kita melahirkan pencari kerja tetapi sekarang kita mahu melahirkan ramai pencipta peluang pekerjaan,” katanya kepada Suara Perak selepas merasmikan program berkenaan.

Hadir sama Pengarh Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, Rusli Sharkom.

Di dalam ucapannya, Samsudin berharap peserta program akan menggunakan peluang yang ada untuk mendapatkan pengetahuan mengenai ilmu keusahawanan.