SLIM RIVER: Lebih 5,000 penduduk sekitar daerah Muallim membanjiri Taman Tasik YDP di sini malam ini untuk memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 anjuran UMNO / Barisan Barisan Nasional Tanjung Malim.

Rumah terbuka itu diadakan sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Muallim.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, barisan Exco kerajaan negeri, wakil rakyat dan artis popular tanahair.

Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang juga Pengerusi Finas berkata, majlis itu
memberi peluang kepada rakyat untuk bermaaf-maafan sambil mengeratkan silaturrahim.

Dr Zambry di dalam ucapannya pula berkata, kehadiran ribuan rakyat dari pelbagai kaum membuktikan suasana keharmonian di negara ini.
“Inilah suatu kelebihan dan keistimewaan yang ada di negara kita yang perlu kita kekalkan,” kata beliau.

Selain menikmati pelbagai juadah, hadirin turut dihiburkan dengan persembahan daripada beberapa artis jemputan.