KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ di percayai anggota kumpulan kongsi gelap ‘24’ di tangkap di Kulai, Johor malam tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, lelaki tersebut yang berusia 52 tahun itu juga secara terbuka membuat pengakuan dirinya merupakan ahli kongsi gelap kumpulan tersebut.

Huzir mendedahkan, tangkapan itu juga dilakukan susulan pengakuan lelaki itu yang juga telah mencabar semua pihak seandainya berani menentang dirinya termasuk di Singapura.

“Pengakuan itu yang mula tersebar dalam satu klip video yang memaparkan cabaran kepada sesiapa yang cuba menentangnya.

“Pihak mahkamah telah meluluskan tahanan reman selama sehari sebelum kita bebaskan lelaki ini jaminan polis petang nanti.

“Pada masa sama, individu ini juga dikehendaki oleh kontinjen Selangor bagi membantu siasatan polis di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah),” katanya.

Kes ini akan di siasat di bawah seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.